Januari Portal:Hal semasa di Malaysia

  • 1 Januari:
  • 3 Januari - Empat beranak warga Singapura termasuk seorang kanak-kanak terbunuh, manakala lima lagi cedera dalam nahas membabitkan lima kenderaan di simpang tiga Jalan Lukut-Sepang Port Dickson, Negeri Sembilan.[6]
  • 4 Januari - Empat guru agama termasuk seorang tokoh penceramah terkemuka cedera apabila kereta dinaiki mereka terbabas dalam kejadian kemalangan di Kilometer 200.9 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara Gunung Semanggol, Kerian, Perak.[7]
  • 5 Januari - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia (KPDNKK) Perak dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menyita 396 bungkus keropok udang dan 1,600 plastik pembungkusan menggunakan logo halal meragukan dengan keseluruhan rampasan bernilai RM1,786. Pemilik perniagaan berusia 58 tahun ditahan di sebuah premis perniagaan di kawasan perumahan dekat Lawan Kuda Baru di Gopeng.[8]
  • 6 Januari - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya membebaskan sebuah bot nelayan tempatan daripada ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia menggunakan aplikasi K3M di Lumut, Perak.[9]
  • 7 Januari:
    • Sebanyak 18,000 anak-anak golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) di seluruh negara menerima sumbangan kelengkapan persekolahan bagi sesi 2018 daripada Felcra Berhad (Felcra).[10]
    • Seorang pendaki gunung dan pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Nazri Omar meninggal dunia ketika turun di puncak Gunung Kinabalu, Sabah akibat kesejukan.[11][12]
  • 8 Januari:
    • Seorang pemandu treler, Mohd Fariz Ridzuan Mahmood terselamat dalam satu kemalangan jalan raya selepas lori dipandunya terjatuh dari ketinggian kira-kira 13 meter di Jambatan Ahmad Shah, Kilometer 125 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan di Temerloh, Pahang.[13]
    • Seorang lelaki Orang Asli, Saleh Kambi, maut selepas bergaduh dengan saudaranya dipercayai berpunca daripada ejek-mengejek di Kampung Chenderong Kelubi, Air Kuning, Pasir Salak, Perak.[14]
    • Seorang lelaki, Roslli Zulkharnain maut akibat ditikam dengan pisau oleh jirannya dalam kejadian pergaduhan pada jam 2:30 pagi di hadapan sebuah rumah di Taman Slim Permai, Slim River, Perak.[15]
    • Sekolah tertua negara, Victoria Institution meraikan ulang tahun ke-125.[16]
    • Seorang lelaki maut selepas bangunan pencawang masuk utama MRT Cochrane milik Tenaga Nasional Berhad yang dalam pembinaan runtuh dalam satu kejadian di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur.
  • 9 Januari - Seorang pemotong rumput, Mohd. Rafi Ab. Aziz dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan mencederakan ibunya menggunakan batang besi mesin pemotong rumput dalam kejadian di Felda Bukit Sagu 1, Parit.[17]
  • 10 Januari:
    • Timbalan Ketua Pengarah JPJ Kedah, Jamaluddin Shariff dan pemandunya, Mohd Sayuti Abdullah cedera selepas kereta SUV yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 366.4 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Tanjung Malim, Perak.[18]
    • Seorang ketua jururawat Kalppana Bee Nagoor Kassim, 54, maut selepas kereta Perodua Myvi yang dipandunya terbabas di Kilometer 3.1 Jalan Lama Machang-Pasir Puteh ,Kampung Bukit Tiu, Machang, Kelantan.[19]
    • Tiga penuntut UiTM Jasin cedera parah dalam satu kemalangan berlaku kira-kira jam 1.30 tengahari melibatkan dua buah kenderaan di kilometer 33 Jasin-Merlimau.[20]
  • 11 Januari:
    • Ahnaf Hanafi Mohd Haniff, bayi lelaki berusia setahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di sebuah klinik, di Kuantan, Pahang selepas tidak sedarkan diri di rumah pengasuhnya di Indera Mahkota 15.[21]
    • Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza mengesahkan bakal menimang cahaya mata perempuan. Hal itu disahkan oleh Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, menerusi satu entri di akaun Instagram.[22]
    • Pelakon Datuk Farid Kamil ditahan polis akibat serangan ke atas pegawai polis dan beberapa orang awam di balai polis Kota Damansara.[23][24]
  • 16 Januari:
    • Seorang pelajar Kolej Vokasional Sungai Abong, Muhammad Shahrul Azhar Nazaruddin, 18, maut selepas Proton Wira dipandunya bertembung dengan bas ekspres di Jalan Sungai Terap Jorak di Muar, Johor.[25]
    • Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap sembilan warga Filipina atas kesalahan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dalam serangan bersenjata di Lahad Datu, Sabah pada 2013.[26]
    • Pelakon Farid Kamil dibebaskan dengan ikat jamin,[27] namun ditahan sekali lagi atas empat pertuduhan.[28]
    • Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun, S Sathiwaran maut selepas ditimpa sebuah kerusi dipercayai dicampak dari tingkat atas di Blok 102 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.[29][30]
  • 21 Januari - Empat lelaki maut apabila motosikal yang dinaiki mereka bergesel sebelum terbabas dan melanggar sebuah kereta lain di Kilometer 278.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di Ipoh, Perak.[31][32]
  • 22 Januari:
    • Polis menahan empat remaja lelaki kerana menunggang basikal lajak dengan cara berbahaya di kawasan perumahan Persiaran Meranti Sri Damansara 13, berhampiran Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Klang, Selangor.[33]
    • Seorang penyokong bola sepak cedera selepas terjatuh ke dalam longkang sedalam hampir dua meter ketika perlawanan persahabatan Pulau Pinang menentang Kedah di Stadium Negeri Batu Kawan.[34]
  • 23 Januari - Air longkang dan sungai dekat Taman Tuanku Jaafar, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan bertukar biru berikutan dicemari pewarna produk plastik.[35][36]
  • 24 Januari:
    • Beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat selama lebih sejam sejak pukul 3 petang.[37]
    • Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika menggait buah mangga di kawasan halaman tempat kerjanya dalam kejadian jam 2 petang di Kampung Benoni di Papar, Sabah.[38]
  • 25 Januari - Perdana Menteri, Najib Razak membuat lawatan rasmi selama dua hari ke India untuk menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India dan bertemu rakan sejawatannya Perdana Menteri India, Narendra Modi.[39]
  • 26 Januari:
    • Pelakon Hairul Azreen dibebaskan dengan jaminan polis selepas memberi keterangan lebih dua jam di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di sini hari ini setelah rakaman video berdurasi 48 saat dia melepaskan tembakan ke udara tular di laman sosial YouTube.[40]
    • Seorang pemuda dikejarkan ke hospital akibat melecur setelah membakar diri dengan minyak petrol di rumah teman wanitanya di Kampung Sageng, Simunjan, Bahagian Samarahan, Sarawak.[41]
    • Dua beranak maut apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabas ke dalam parit dipercayai akibat tayar pecah di Kilometer 4, Jalan Parit Karjo, Batu Pahat, Johor.[42]
    • Seorang wanita maut manakala anak perempuannya cedera selepas kenderaan dipandunya terbabas dan melanggar tiang elektrik sebelum terjunam ke sungai dalam kejadian di Lorong Nenas, Jalan Terusan Utama (Ban Kenal) dekat Sungai Burong, Tanjung Karang, Selangor.[43]
    • Penyanyi Yunalis Zarai melangsungkan perkahwinan dengan Adam Sinclair.[44]
  • 27 Januari:
    • Institusi pendidikan negara digemparkan dengan penularan rakaman video seorang guru mengamuk pada mesyuarat dalam kalangan pendidik yang berlangsung di sebuah sekolah di Petaling Jaya.[45] Rakaman video yang bersurasi hampir empat minit itu menunjukkan guru tersebut meninggikan suara kerana dipercayai tidak diberikan tempat duduk dalam mesyuarat berkenaan selepas membuat bayaran sebanyak RM70.[45]
    • Seorang peniaga dalam talian ditembak dan disamun di pejabatnya dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam di Banggol Kulim, Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan.[46]
    • Seorang lelaki maut selepas van yang dipandunya terlanggar besi penghadang jalan dalam satu kejadian yang berlaku pada jam 12.16 tengah malam di jejambat Jalan Tun Jugah/Jalan Simpang Tiga, Kuching, Sarawak.[47]
    • 50,000 umat Islam berkumpul untuk berdoa untuk kesejahteraan Palestin dan pembebasan Palestin dari kezaliman Zionis berhampiran Istana Kehakiman, Putrajaya.[48]
  • 28 Januari:
    • Seorang kontraktor berusia 60 tahun menjadi orang yang kelima ditahan berkaitan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam pemberian kontrak untuk beberapa projek keretapi Sabah.[49]
    • Seorang pengurus besar hotel milik kerajaan, Mazuki Husin, 55, dikenakan di Mahkamah Sesyen dengan mengemukakan tuntutan palsu untuk menyewa bas.[50]
    • Seorang remaja lelaki yang menghidap penyakit skizofrenia ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah hotel apartmen di Banda Hilir, Melaka.[51]
    • Seorang pekerja kilang kertas di Simpang Ampat di sini maut apabila kepalanya tersepit dalam mesin pengisar dalam kejadian di Nibong Tebal, Pulau Pinang.[52]
    • Seorang pemandu jentolak warga Indonesia menahan kesakitan lebih sejam apabila tertimbus dalam tanah selepas kenderaan dikendalinya terjatuh ke gaung di hutan berhampiran Jalan Bukit Mantin, Seremban, Negeri Sembilan.[53]
    • Lebih 20 penduduk hilang tempat tinggal selepas empat rumah musnah dalam kejadian kebakaran kira-kira jam 5 petang di Kampung Unta, Lahad Datu, Sabah.[54]
    • Seorang pekerja ladang ternakan udang maut, apabila motosikalnya merempuh besi penghadang laluan pejalan kaki, di Batu 23 Jalan Apas-Balung, Tawau, Sabah, kira-kira jam 5.30 pagi.[55]
  • 29 Januari - Satu unit pangsapuri kuarters penjawat awam di Presint 16, Putrajaya, terbakar kira-kira jam 9 malam.[56]
  • 29 Januari - Malaysia akan menjadi negara pertama di luar China selepas Alibaba memperkenalkan Sistem Kecerdasan buatan City Brain di Kuala Lumpur untuk memerangi kesesakan lalu lintas.[57]
  • 29 Januari - Lembaga Penapisan Filem Malaysia mengharamkan filem Hindi, Padmaavat kerana kepekaan unsur-unsur kepada orang Islam.[58]
  • 29 Januari - Netizen Malaysia mengkritik dan membuat lelucon ke atas logo baru Tahun Melawat Malaysia Tahun 2020 selepas ia dibentangkan pada pelancaran promosi di Chiang Mai, Thailand.[59] Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz mempertahankan logo itu dan mengatakan kritikan adalah perkara biasa, tidak boleh mendapatkan kesepakatan seluruh Malaysia.[60]

Rujukan

WikiPedia: Portal:Hal semasa di Malaysia http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/namewee-di... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/selamat-t... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/siti-sahk... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/yuna-dan-... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/enam-ger... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pendaki-... http://www.astroawani.com/gaya-hidup/sentuhan-menj... http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2...